Dr Aruna Arujuna, Pakar Jantung dan Elektrofisiologi di The Lanchashire Cardiac Centre (LCC) dan pensyarah akademik di King's College London. Pusat rawatan praktisnya termasuk Pusat Jantung Lancashire dan Hospital Spire Manchester.
Bidang Specialis Dr Arujuna adalah pelbagai manifestasi masalah Irama Jantung, pengurusan Fibrilasi Atrium, peranan Pengimejan dalam Elektrofisiologi dan Implantasi Perentak Jantung.
Sejak Universiti Perubatan Bristol, Dr Arujuna meminati bidang Kardiovaskular dan memperoleh Merit dalam Modul Asas Perubatan Molekul dan Selular serta Perubatan Kardiovaskular. Semasa Semester Elektif, Dr Arujuna berjaya masuk I-Lab Universiti Washington di bawah penjagaan Profesor Steve Schwartz. Klasifikasi plak aterosklerotik dan pengenalpastian ukuran ketebalan plak untuk salah seorang rakan penyelidik adalah sebahagian daripada tugas ringkas di sana. Selepas menamatkan pengajian di Bristol, Dr Arujuna menjalani latihan doktor awalnya di Exeter di Royal Devon & Exeter NHS Foundation Trust. Di sini dia menjalani latihan dalam pelbagai kepakaran jurusan perubatan. Beliau memperoleh keahlian di Royal College of Physicians (MRCP) dan berpindah ke London untuk mendapatkan jawatan penyelidikan yang khusus mengkaji MRI Jantung dan Elektrofisiologi.
King's College London pada masa itu baru menubuhkan Bahagian Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Pengimejan dan jawatan dalam bidang penyelidikan ini timbul. Dr Arujuna bekerja bersama ahli fizik MRI, arkitek perisian, saintis, pakar kardiologi klinikal dan pakar elektrofisiologi dalam beberapa projek termasuk Robotic Catheter Ablation , Kecerdasan Buatan (AI) dalam Alat Sokongan Keputusan dalam analisis CMR dan Pengimejan Hibrid Overlay Echo-Fluoro. Ini terbukti sebagai masa yang berpeluang emas kerana penyelidikan Dr Arujuna memperoleh pengiktirafan peringkat Kebangsaan di UK dan Antarabangsa.
Latihan EP dan Kardiologi Dr Arujuna bermula di Guy's & St Thomas' semasa tempoh penyelidikan klinikal dan diteruskan di West Midlands dengan lebih banyak pendedahan prosedur dan dipertingkatkan lagi semasa pemerhatiannya di Leipzig dan Lisbon. Untuk meneroka lebih lanjut minatnya dalam Sistem Saraf Autonomi dan Aritmia, beliau melawat Universiti California Los Angeles (UCLA).
Sepanjang perjalanannya, Dr Arujuna telah mengekalkan hubungan yang baik dengan perkembangan teknologi yang berkaitan. Dia serba boleh dengan Abbott , Biosense Webster's Carto , dan alatan Pemetaan Rhythmia Boston Scientific. Dia menggunakan kateter Cryo Ablation Medtronic dan implan pacing perentak Micra. Dr Arujuna meneruskan minatnya yang timbul semasa tempoh penyelidikannya, iaitu ablasi berpandukan imej. Gabungan pengimejan pelbagai mod sebelum dan semasa kes melalui alat seperti Intra-Cardiac Echo (ICE) memanfaatkan procedur. Sistem Saraf Autonomi, Gaya Hidup melalui Senaman, Diet dan Postur Badan adalah minat yang dia gemar berbincang.
Di luar Koridor Klinikal, Dr Aruna Arujuna ialah Fellow kedua-dua European Society of Cardiology (FESC) dan American College of Cardiology (FACC) dan menganggotai Lembaga Ahli Jawatankuasa untuk Heart Rhythm Society (US) 2021-2024.
Dr Arujuna ialah pensyarah akademik di King's College London School of Biomedical Engineering & Imaging Sciences .Beliau mengekalkan minat yang mendalam dalam pengajaran dan penyelidikan melalui penyeliaan calon PhD di King's College serta menyelia Felo Elektrofisiologi di pusatnya sekarang.
Dr Arujuna menyokong pendekatan yang disesuaikan khusus untuk setiap individu. Penggunaan teknologi terkini dalam bidang elektrofisiologi unduk pengurusan irama jantung pasti meningkatkan ketepatan, keselamatan dan kejayaan kes di samping membolehkan pengalaman pesakit yang lebih baik.